
Inilah senjata yang pernah aku gunakan ketika di dalam perkhidmatan tentera 15 tahun yang lampau.....senjata ni agak unik jika dibandingkan dengan Colt M-16. Berat senjata ini ialah 3.8kg tanpa peluru 20 biji(kelopak penuh). M-16 pula beratnya ialah 2.95kg tetapi ianya senang digunakan di dalam mana-mana peperangan konvensional mahu pun Insurgensi....haha, itu baru berat dia, belum lg cara-cara nk overhaulnye......sewaktu aku berkhidmat dalam ATM di Batalion Ke-5RRD boleh dikatakan selalu pergi membuat latihan yang lasak2 termasuk eksais yang diberikan nama Gonzales Lasak (pasak bumi) sekarang dipanggil Jalan Laju......perh mmmg penat bebb, basah kuyup dibuatnye sehinggakan kaki boleh jadi pecah dan melecet. ini bukan cite bohong mahupun dongeng.....ni adalah realiti kejadian yang benar2 aku lalui bersama skot2 seperjuangan. Jika direnungkan balik, mengimbau kenangan2 bersama para sahabat...ternyata teramat indah dan suka duka yang kami kongsikan bersama. Jika dikenangkan amat menyesal aku berhenti terlalu awal sebab gaji aku masa time benti tu mencecah hampir rm800 termasuk elaun. Aku adalah orang ke2 benti selepas badi aku iaitu Chandran Balan(loose kontek smpi skrg)...smpi disini saja coretan aku buat masa nie...





