tolong hormat gua punya blog nie...korang boleh jalan-jalan cari makan kat sini....

car show room

Blog nie sedang upgrading

Dalam pembangunan erti yang sebenarnya

ikut main dan jer

Selasa, 20 April 2010


Inilah senjata yang pernah aku gunakan ketika di dalam perkhidmatan tentera 15 tahun yang lampau.....senjata ni agak unik jika dibandingkan dengan Colt M-16. Berat senjata ini ialah 3.8kg tanpa peluru 20 biji(kelopak penuh). M-16 pula beratnya ialah 2.95kg tetapi ianya senang digunakan di dalam mana-mana peperangan konvensional mahu pun Insurgensi....haha, itu baru berat dia, belum lg cara-cara nk overhaulnye......sewaktu aku berkhidmat dalam ATM di Batalion Ke-5RRD boleh dikatakan selalu pergi membuat latihan yang lasak2 termasuk eksais yang diberikan nama Gonzales Lasak (pasak bumi) sekarang dipanggil Jalan Laju......perh mmmg penat bebb, basah kuyup dibuatnye sehinggakan kaki boleh jadi pecah dan melecet. ini bukan cite bohong mahupun dongeng.....ni adalah realiti kejadian yang benar2 aku lalui bersama skot2 seperjuangan. Jika direnungkan balik, mengimbau kenangan2 bersama para sahabat...ternyata teramat indah dan suka duka yang kami kongsikan bersama. Jika dikenangkan amat menyesal aku berhenti terlalu awal sebab gaji aku masa time benti tu mencecah hampir rm800 termasuk elaun. Aku adalah orang ke2 benti selepas badi aku iaitu Chandran Balan(loose kontek smpi skrg)...smpi disini saja coretan aku buat masa nie...

Isnin, 19 April 2010

aku dengan Dato' haji hushim


Inilah saat yang paling manis dan berharga bersama seorang KaUnsEloR HeBaT seperti haji hushim. Seorang yang kelakar,bijak bercakap,lemah lembut dan mengiurkan. Sesiapa saja akan terpaku dan concentrate bila mendengar ceramah beliau......ini diakui sendiri oleh para peserta kursus.

sejak lahir


Aku dilahirkan pada 20 nov 1976 dalam keluarga yang boleh dikatakan senang (satu tarikh keramat pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak-iaitu bekas PM Malaysia ke-2). Aku diperanakan di rumah arwah Datukku(Jali bin Kulop Ibrahim) dengan di sambut seorang bidan yang bertauliah iaitu arwah makcik roobu. Aku mempunyai seorang kakak(mandan) dan seorang lagi abang(lela). Kami dibesarkan oleh mak saudaraku iaitu mak-yang....ibuku sibuk mecari duit ketika itu. Arwah datukku seorang yang tegas dan tak banyak cakap......arwah meninggal ketika usiaku 9 tahun yakni pada tahun 1985 mlm hari raya haji. Aku dibesarkan dalam komuniti berbagai kaum iaitu Cina,India dan Sikh.